Thursday, 29 November 2012

TEGURAN / PENGHINAAN?

Imam Asy-Shafie berkata : Sesiapa yg menasihatimu secara sembunyi2,maka ia benar2 menasihatimu.. Sesiapa yg menasihatimu dikhalayak ramai ia sebenarnya sedang menghinamu.


Biasa tak jumpa orang yang suka menegur semua benda? Dari hujung rambut sampai ke kaki?

"Eh2..Kenapa pakai tudung warna ni? Tak matching la dengan baju ni?"

"Kenapa kau buat macam ni? Kan sepatutnya buat macam ni.."

Ngaaa....Biasa tak jumpa org macam ni? Tetapi yang ini masih tahap amature, belum lagi profesional. Nanti lama-lama tanpa disedari dia akan suka menegur sehingga mengguris hati orang. Ya, memang kawan yang baik adalah kawan yang berlaku jujur dan memberi nasihat. Tapi, nasihat yang diberi tu haruslah menjaga air muka orang yang diberi nasihat. Andai kata kamu melihat kawan kamu punya baju jarang tak payah la tegur di khalayak ramai.

"Eii jarangnya baju...Serupa tak payah pakai baju.."

Nasihat jenis apakah ini? =.='

Apa salahnya, tarik dia ke tepi tak pun bisik kat telinga dia. Dengan cara yang baik. Sekurang-kurangnya maruah dia tak jatuh dan yang paling penting kita tidak memaksa dia tetapi biar dia memikirkan sendiri tentang teguran yang diberi.




Friday, 5 October 2012

jauh di sudut hati...

Just watch a video...Family gathering...

Speechless.. really turn into a deep speechless....

Sebab jauh di sudut hati I miss all of my family..It's not only I miss my ummi, ibu, abah, nenek,nyai, atok, nawa, amir, zetty, balqis...Tapi semua..semua la...my kazen...mak cik2 semua semuanya...




Kadang-kadang bila balik kampung...Aku tak mampu nak ckp ape2..Yang aku mampu senyum and gurau2 sikit. :) Hepi sangat time2 raya, kenduri...tak kisah la kalau kita tau org tu tak suke kita ke..ade benda yang dia terasa ke...Yang paling penting bila dekat dengan family rasa hepi sangat...

Tapi bila balik kadang-kadang aku kena kumpul kekuatan yang banyak sebab takut jadi orang yang beremosi. Aku akan siap sedia mental dan fizikal sebab aku nak menghayati setiap detik dengan family. Yelah, belajar jauh2 ni buat aku rasa cuti tu sangat2 berharga. Emo mcm mane pun aku akan cuba padam benda tu sebab nak jumpa dgn family.

Alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga yang macam2 ragam sebab mengajar aku untuk hidup dengan lebih tabah dan percaya whatever happens in my life Allah always beside me..ALWAYS..

Tapi apa yang aku paling sayang dlm hidup aku adik beradik aku...I do really love them... Kitorang tak berapa pandai ekspress feeling...Masa duduk jauh rndu ni...Bila dah ade semua kat rumah..Jadi speechless..
Apa yang aku buat...aku duduk sebelah adik aku je bukak laptop pastu buat keje masing2 : D

Aku ingat aku sorang je rupa-rupanya diorang pun same...Tapi cara lain2....


Be grateful for the home you have, knowing that at this moment, all you have is all you need. 



I am Muslimah and I'm proud of it

Kenapalah mesti berbangga menjadi seorang Muslimah...?

Banyak sangat sebabnya.. Memang sedia maklumkan wanita dengan fitnah memang tak dapat dipisahkan. Contohnya, terserempak dengan kawan lelaki. Orang akan berkata yang tidak-tidak. Hakikatnya terserempak je. Tapi dalam Islam banyak sangat rule yang menyebabkan wanita tu terpelihara.

Salah satu rule yang ditetapkan ialah pemakaian tudung. Seronok sebenarnya pakai tudung ni. Tambah pulak duduk kat Malaysia. Tiba-tiba je.. :)

Masyarakat Malaysia memandang baik pada org yang memakai tudung. Tak caya cuba tengok bila artis pakai tudung ? Lagipun bila pakai tudung ni...Orang akan lebih menghormati dan lelaki pun akan cuba tidak memegang anda. SEPATUTNYA!

In my small mind.. I think when i'm wearing hijab there's a lable 
"Please Don't Touch Me If u're NOT My Mahram" . 









Wednesday, 3 October 2012

Cara untuk Berjaya Paling Osem...












Osem? ye...Macam mana la agaknya nak jadi org yang berjaya dan osem. Berjaya yang mcm mane? Ada 2 cara utk mencapai kejayaan dlm hidup.

  • Cara kotor
  • Cara elok

Cara Kotor

Cara kotor...Antara cara kotor yang dikatakan ialah : membodek tak tentu hala, menjatuhkan org lain, mencuri hasil kerja org lain, mndpt nama atas hasil kerja org lain dan etc. Yup! Nak berjaya cara kotor ni memang la salah satu usaha. Tapi 80% dari usaha itu lebih kepada memusnahkan diri. Sebab bila berjaya cara mcm ni tak mustahil ada yang membenci dalam diam. Kehilangan kawan tak semena-mena. Pelbagai lable akan melekat kat dahi bila org berjaya cara mcm ni.


Membodek tak tentu hala

Biasa dengar perkataan bodek tu kan? Ya, dia baik semcam! Sangat2 baik yang org lain pun tak faham. Dari sudut positif, baik dengan seseorang tu bagus tapi bila baik cuma atas kepentingan sesuatu, itulah yang tak baiknya. Bila semua org dapat kerja dia datang meleset dengan org yang bagi kerja pastu baik semcam tak tentu hala. Sebenarnya orang lain boleh buat mcm tu kalau nak. Tapi geli nak buat. :)

Ini berbeza dengan org yang membodek tapi hasil kerja dia mmg org lain tak boleh nak challenge. Yang tu bukan membodek tak tentu hala tapi membodek dengan sehala.
Kenapa? mungkin dia bodek untuk mengetahui ciri-ciri yang terbaik untuk menghasilkan kerja yang bagus. Itulah salah satu inisiatif. 



Mendapat nama atas kerja orang lain


Orang lain buat begitu buat begini begitu lagi kemudian begini. Akhirnya...pfffttt

Nampak tak? Betapa tak patutnya. Dari sudut positif, perkara ni biasanya terjadi kepada insan yang berhati kering. Dia tak perasan dia buat perkara macam tu. Jadi seeloknya, kepada pemangsa beritahu depan-depan mana tahu ada bahagian mana-mana yang salah faham. 

Tapi kalau dapat nama atas kerja orang lain, apa salahnya give credit to the owner. 



Cara Elok
Sebenarnya yang inilah part osemnye. Antara cara elok yang boleh dilakukan ialah jadilah orang yang UNIK.

Lain Dari yg Lain

Cuba jadikan semua kerja merupakan kerja penting. Elakkan buat kerja pada minit-minit terakhir. Sebab cara macam ni mungkin diri akan lebih 'outstanding' bukan mencari publisiti dengan perkara negatif tapi positif. 


Inisiatif

Perasan atau tidak ada sesetengah individu apabila diberikan kerja. Ada yang :

  • menghantar dengan lambat dari deathline tp hasil kerja dia cukup teliti.
  • menghantar kerja dengan cepat tp hasil dia kalau ikut rubrik pemarkahan tu...nasib baik dapat A je.
  • menghantar kerja dengan mengikut masa yang ditetapkan dan hasil kerjanya mantop. :)


which one are you? 

Apabila diberi kerja. Adakah anda mendalami kerja tersebut atau hanya membuat kerja tersebut dengan mengikut kehendak soalan 100%. Bagi yang mempunyai inisiatif, pasti pelbagai perkara akan diakukan sama ada bertanya dengan kawan-kawan, surf internet dan etc. Tetapi jika semua org melakukan perkara yang sama anda akan cuba insiatif yang lain dari yang lain. 


Sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi tak larat...Jalan-jalan terjumpa quote ni...


" Not all of us can do great things. But we can do small things with great love. "



Tuesday, 2 October 2012

Ingat Cerita Korea je sweet?

Cerita Korea sangat sinonim dengan romantik + sweet kn? Cuba perhatikan bagaimana pengarah mengolah cerita itu sehingga mampu menyentuh emosi sesiapa je yg menonton. Tapi perasan tak hidup kita pun umpama movie sebenanye. Terutamanya berkaitan dengan jodoh. Ya, jodoh. Jangan talakan mata anda ke isu lain cukuplah skop jodoh dulu ye.. :)

Ada yang :

Bercinta umpama Romea & Juliet last2 kahwin dengan Taj Mahal..?

Maksudnya...Bercinta dangan org lain kahwin dengan org lain. Macam mana perjalanannya tu, yang pernah melalui perkara ni mesti faham. Kadang-kadang sampai tak mampu nak cerita macam mana la bole jai mcm ni...

Tahun 2012 : si A + si B = runtuh la dunia ini tapi beberapa tahun lpas tu..

Ya, masa mula kenal tahap perasaan yang bernama 'benci' tu sampai tak dapat diungkapkan tapi lepas tu,  perkataan tu macam dah x wujud kat dunia ni...Macam mana boleh jadi? Orang yang melalui benda ni je akan faham dan boleh cerita sebaik-baiknya.

Ada yang melakonkan cerita Titanic tetapi ending yang happy..

Selama dia bercinta memang macam2 jadi tapi last2 bahagia hingga ke anak cucu.


Dan macam-macam lagi cara kita ketemu jodoh yang ada dalam dunia ni....Tapi yang pasti jodoh kita kan rahsia..Siapa pasangan hidup kita? Susah nk teka...

Manisnya pasal jodoh ni bila kita tidak melupakan Pencipta kita...Perancangan yang Allah tetapkn sebenarnya lebih sweet dr cerita Korea tu..



                  
Perkara yang pasti. Jangan sesekali meratapi dan menyalahkan orang lain. Kadang-kadang individu sebagai pihak ketiga yang tahu tentang orang lain tak layak nak lablekan : Org tu x setia. Orag tu player..Orang tu..etc. Anggap je la...tu kisah hidup dia..Macam mana kita layan movie...Layankan je la...

P/S: gamba tu grabbed from fb (Seandainya Ku catatkan dia milikku,satukanlah hatinya dengan hatiku